cerita dewi

Pada Cinta Ada Perjuangan
Oleh: Amin Ahmad

Meski tidak sempurna, aku kira Cinta Hari-Hari Rusuhan adalah sebuah novel yang berjaya.

Aku masih boleh ingat waktu mendapatkan buku ini ada dua perkara yang menyebabkan aku tidak berlengah mendapatkannya:

1. Kerana ia berkisar soal pergerakan pelajar dalam isu masyarakat

2. Kerana tagline di luar tajuk novel yang cukup menyentuh hati aku – Kejujuran Kadangkala Menakutkan.

Selepas membacanya aku fikir Faisal Tehrani (ditulis Faizal Tehrani di luar kulit novel ini) berjaya mengolah persetujuan aku untuk merasakan kehebatan penceritaannya meskipun ada sedikit kekaburan dalam watak sampingan. Rahsia kejayaannya pada aku ialah ia berpijak pada realiti dunia pelajar itu sendiri yang tak sunyi – berjuang dan bercinta (cinta yang real antara lelaki dan perempuan!).

Hanya saja mungkin realiti lampau kisah seperti yang digambarkan Faisal boleh menyentuh perasaan. Realiti lampau yang tidak cukup jauh, sehingga awal tahun 2000, sudah tentu realiti 1960-an hingga ke hujung millenium lepas lebih terkesan dengan gambaran kisah ini khususnya angkatan pelajar zaman akhir 1960-an hingga akhir 1970-an, seterusnya mungkin pelajar yang mendalami desak Reformasi akhir 1990-an.

Sebenarnya bercerita memang mudah. Tapi bahu yang menggalasnya tidak sama. Orang tua-tua berkata berat mata melihat, berat lagi bahu memikulnya. Maksud kiasannya sudah tentu ada beza mereka yang terlibat secara langsung berbanding yang tidak.

Percayalah, antara mereka yang terlibat dan tidak – tentu ada bezanya…

Semoga bersabar mereka yang melaluinya dengan susah payah.

Politik Kampus
Oleh: Amin Ahmad

“Amin, bukan kau kah yang buat memorandum di Kolej Tiga Belas tempoh hari?” soal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) yang baru.

“Ya, sayalah orangnya” jawab aku ringkas.

“Kau ni biru atau hijau (merujuk BN atau PAS)? tanya dia lagi.

“Saya pro pelajar, terlepas dari persoalan biru atau hijau” jawab aku tegas.

“Tak boleh. Kau mesti ambil sikap – biru atau hijau” dia cuba mendesak.

Itu kali pertama kami bertemu di ruang kecil bilik Pengetua di sebuah kolej di mana dia memangku jawatan Pengetua selepas dinaikkan menjadi TNC (HEP) yang penuh kontroversi kerana diprotes oleh pensyarah-pensyarah yang lebih senior.

Dan aku mengambil sikap bahawa senioriti bukan persoalan. Pada aku TNC (HEP) ada bidang kuasanya dan sekiranya dia mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik, maka tidak menjadi kesalahan. Soal mengolah persetujuan tentang siapa layak atau tidak layak, biarlah mereka yang uruskan. Sudah tentu lantikan terus daripada Pak Menteri tidak aku persetujui. Campur tangan kerajaan di mana-mana selalunya merosakkan kerana mereka adalah politikus yang berkepentingan besar dan selalu merosakkan!

Selepas itu hubungan kami berjalan sederhana baik. Semua tahu bahawa aku kuat mendokong Reformasi – satu aliran besar dalam masyarakat yang mahu perubahan kepada corak perjalanan politik negara. Oleh kerana itu aku terhukum. Undi majoriti dan pertama kali mencecah lima angka di kampus tidak memberi banyak erti.

“Aku minta maaf Amin. Aku dapat panggilan dari Fahmi (pegawai HEP yang baru-baru ini dilaporkan oleh aktivis pelajar mengeluarkan kata tak guna solat kalau tak bayar yuran) minta apa juga berlaku TNC (HEP) tak mahu kau dijadikan Yang Dipertua” maklum sebilangan teman dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang berjumpa aku. Pada pertengahan khidmat, mereka sangat kecewa kerana jawatan penting dalam MPP telah diisi oleh orang pilihan TNC dan hasilnya telah merosakkan iltizam mereka untuk belajar erti kepimpinan yang berdikari.

Semua agenda MPP diputuskan oleh HEP dan bukan MPP sendiri. Mesyuaratlah berbuih mulut. Ini memaksa aku melontarkan kata keras semasa mesyuarat terakhir bahawa “Celakalah mereka yang menggunakan MPP untuk kepentingan peribadi”. Sejauh mana pun aku mempunyai pandangan bebas sebagai individu, nama MPP tak pernah aku gadaikan untuk kepentingan politik individu – dalam atau luar kampus.

Rakan-rakan rapat dalam MPP cukup maklum pendirian aku dalam hal membela pelajar terlepas dari kepentingan politik. Sebab itu dalam isu berisiko dan perlu berhadapan dengan pentadbiran kampus atau menjelaskan pendirian MPP kepada pelajar, aku akan diwakilkan.

Aku masih ingat dalam satu dialog di Kolej Tujuh bila seorang pelajar mengeluarkan kecaman “MPP jangan jadi anjing kerajaan!” berikutan sikap lunak kami berkaitan isu PTPTN. Dalam jawab balas aku, nyata kami MPP bukan anjing kerajaan sebaliknya kami telah berjaya merungkai masalah akar kepada keperluan pelajar melalui pinjaman sementara kewangan universiti dek kegagalan PTPTN menyalurkan pinjaman pada masanya. Pada waktu itu keutamaan isu ialah pelajar mesti memperoleh wang untuk biaya mereka sekurang-kurangnya dalam sebulan pertama. Keutamaan kedua ialah mendesak secara berterusan PTPTN memastikan wang ini masuk sebelum bulan kedua. Mujur Naib Canselor kami sungguh perihatin dan mahu membantu. Beliau akhirnya tersingkir kerana tidak sehaluan dengan pandangan TNC (HEP) dan Menteri Pengajian Tinggi waktu itu sebagaimana umum maklum kerana dipaparkan di media.

Aku dihalang berucap dalam majlis bersama mahasiswa. Itu arahan TNC (HEP) kata Setiausaha Agung MPP yang juga orang TNC (HEP). Ini telah menimbulkan perpecahan dalam MPP kerana rakan-rakan dalam MPP rentas pandangan politik menolak sikap ini. Seingat aku, hanya segelintir, sekitar lapan hingga sepuluh orang yang sentiasa meng’amin’kan kehendak TNC (HEP).

“NYDP MPPUPM didapati sedang mengaturkan pertemuan seluruh MPP dengan Anwar Ibrahim. Minta pihak tuan ambil tindakan. Lucutkan jawatan beliau sebagai Pengarah Konvensyen Mahasiswa Nasional” begitu sms yang dipanjangkan TNC (HEP) kepada aku pada satu malam. Esoknya, tugas Pengarah Konvensyen Mahasiswa Nasional bertukar tangan yang akhirnya dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar sendiri.

Konvensyen ini dianjurkan UPM dan kontinjen UPM adalah yang paling sedikit hadir kerana TNC (HEP) dalam satu panggilan telefon tidak mahu “mereka yang pro pembangkang hadir”. Tuntutan daripada rakan-rakan MPP tidak diendahkan. Bagaimana aku tahu? Kerana semasa panggilan dibuat, nada telefon bimbit ini dikuatkan untuk kami sama-sama mendengar.

Kerumitan perjalanan MPP membawa aku untuk mendesak terus kepada Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi pada waktu itu untuk menyelesaikan beberapa perkara termasuk hal asas pejabat MPP. Suka atau tidak aku harus berterima kasih kepada Dato’ Adham Baba yang pada aku menunaikan pesannya kepada aku sebaik saja diumumkan layak menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar “Saya mahu anda bertugas untuk mahasiswa tidak kira parti apa pun. Bantulah kerajaan untuk menjelaskan dasar-dasar yang ada dan beritahu saya jika ada perkara-perkara yang tidak dipersetujui”.

Ya, bukan aku tidak tahu bahawa Dato’ Adham adalah wakil UMNO melalui jawatan di Kementerian untuk memastikan pengaruh UMNO kekal di kampus. Tapi pada aku biarlah UMNO atau mana-mana parti melebarkan wacana mereka di kampus. Aku percaya akan ada arus lain selain partisan sekalipun semua parti politik dibenarkan bertapak di kampus. Ini lebih menepati realiti dan biarlah mahasiswa menjadi matang melalui proses mengolah persetujuan yang menepati realiti.

Mahasiswa bukan anak kecil yang perlu lebih dimanjakan atau dirotan. Mahasiswa juga tidak mungkin sempurna pengetahuannya. Ajarlah mahasiswa dengan kedaulatan undang-undang dan ketinggian Perlembagaan.

Cebisan pengalaman di atas hanya sebahagian kecil bagaimana hancurnya harapan aku yang melihat universiti sebagai sarana pembinaan tamadun insan. Tapi aku belum berputus asa.

Hidup Mati Bercinta
Oleh: Amin Ahmad

Aku tak tahu sama ada kalian pernah bercinta atau tidak. Aku pernah bercinta masa zaman sekolah. Tak tahu sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cinta monyet atau pun tidak. Yang pasti kesan daripadanya ialah aku fikir bahawa cinta itu boleh ‘membunuh dan menghidupkan’.

Oh, tentu saja aku tidak memaksudkan cinta itu telah mengambil alih kerja Tuhan. Hanya yang mungkin, Tuhan mewakilkan cinta sebagai kecantikan hidup. Bila cakap soal cinta, ia banyak dirujuk kepada soal hati. Aku mahu memasukkan soal fikiran sama, tapi ada reservation untuk itu. Kadang-kadang kuasa cinta menjadikan manusia tidak rasional. Sebagai orang yang percaya dengan kepentingan sikap rasional, aku percaya cinta juga harus rasional dan tidak terlalu didorong emosi. Ah, tentu saja bosan sekali membina rasional dalam percintaan! Adakah akal akan selalu bertentang dengan hati?

Sebenarnya tidak sukar menemukan orang yang bersetuju dengan pentingnya nilai cinta. Tanya saja di mana-mana, manusia akan melihat nilai cinta sebagai sebuah nilai yang agung. Bagi mereka yang gagal melihatnya (mahu saja aku sebut loser!), cinta akan diseret kepada soal seks dan seumpamanya. Aduh, kenapa lekas sangat?

Hakikat bahawa di mana-mana tidak sukar menemukan ‘laskar’ cinta ini membenihkan persoalan di benak aku. Adakah manusia sudah tandus dengan kasih sayang?

Ya, sebenarnya jauh di sudut hati aku percaya nilai cinta tandus dalam masyarakat hari ini. Dari ketandusan ini muncul permusuhan. Dari ketandusan ini muncul kacau bilau dalam masyarakat. Yang berkuasa menindas dan menyalah guna kuasa. Yang tidak berkuasa memaki hamun yang berkuasa. Yang berpangkat memandang rendah yang tidak berpangkat, yang tidak berpangkat melihat yang berpangkat poyo lebih. Yang rajin berusaha dan berjaya, yang malas mengata-ngata. Yang miskin bersabung nyawa untuk hidup, yang kaya buat-buat tak nampak waktu sedap melantak.

Kerana cinta, Nabi Adam a.s. menurut kemahuan Hawa dengan mengambil dan memakan buah larangan di syurga, Kerana cinta, Nabi Nuh a.s. memanggil anak dan isterinya menaiki bahteranya. Kerana cinta Zulaika memfitnah Nabi Yusof a.s.. Kerana cinta Nabi Muhammad s.a.w. mengajak manusia kepada Tauhid dengan kesabaran dan kebijaksanaan, bukan menjerit bahawa manusia semua celaka dan akan ke neraka!

Kerana cinta Ernesto Che Guevara menyeru perjuangan rakyat tertindas. Kerana cinta Gandhi berjuang. Kerana cinta Jose Rizal ditembak.

Kerana cinta ada yang ‘mati’ dan ‘terus hidup’. Hidup – adakah ia bermula dari puing permusuhan? Tak bolehkah cinta selalu menafikan kebencian?

Yang pasti hidup ditakdirkan berbeza. Kata Tuhan ini untuk kita saling kenal dan mencintai, bukan saling membenci. Ah, cinta…meski murni pada maksudnya,realitinya tetap sukar dimurnikan!

Ketawa dan air mata ada dalam cinta. Dan cinta akan tetap jadi ‘mazhab’ terutama pada orang muda. Hanya saja sama ada cinta itu ‘mematikan’ atau ‘memberi nyawa’.

Eid Yang Bosan!
Oleh: Aqil Fithri

Saya jarang bercerita tentang diri sendiri. Bagi saya, cerita diri adalah eksklusif yang hanya layak untuk dijual sahaja (ketawa)! Tapi bila Noor Amin Ahmad, Editor CeritaDewi mohon saya sampaikan tulisan tentang Eid ul Fithri dalam bahasa yang santai-santai, saya fikir penggunaan kata “saya” amat membantu. Jadi, saya akur.

Saya menyambut Eid di Terengganu. Memang, tidak banyak berbeza cara sambutan Eid di sini berbanding di tempat-tempat lain di Malaysia. Walau bagaimanapun, satu tradisi Eid di sini—yang barangkali menarik—ialah tentang makanan. Ini bukan tentang Nasi Dagang. Tapi, tentang Tapai. Khalayak di sini turut lebih mengenali makanan Tapai berbanding Ketupat.

Tapai diperbuat dari beras pulut dan ragi, lalu dibungkus serta diperam dalam daun pokok getah atau daun pokok jambu laut. Tapai ini manis, jadi saya tidak begitu gemarkannya. Lazimnya, pokok jambu laut ini dapat ditemui di sepanjang jalan antara Batu Rakit dan Penarek. Sewaktu menjelang Eid, jajaran pantai inilah akan diserbu para peminat Tapai ini.

Eid sepatutnya menjadi hari pembebasan. Hari kesempurnaan iman. Maka, Eid seharusnya turut menghargai keharmonian alam rekaan Tuhan ini. Tapi ternyata, di ambang Syawal, pokok-pokok jambu laut ini ditebas bagaikan musuh. Tampak, keimanan yang ditempa di Ramadhan tidak meruntun (sebahagian dari kita) kepada kecintaan pada alam sekitar.

Pokok jambu laut yang agam, yang buahnya menjadi hidangan kepada burung-burung eksotik di Terengganu kini hanya punya kepentingan semasa Eid sahaja: untuk memenuhi selera pemakanan tradisi. Saya kira, Eid dengan cara sebegini adalah sejenis kesombongan ‘bawah sedar’ terhadap alam!

Alam adalah makhluk Tuhan, sama seperti kita. Selain Tuhan, semuanya adalah alam. Di dalam alam, ada darjahnya bezanya. Tapi, akal yang sewajarnya menjadi garis beza antara kita dengan tumbuhan bagaikan tidak berfungsi gara-gara Tapai ini.

Memang, bukanlah kerana itu saya meraikan Eid yang paling bosan dalam sejarah. Eid saya jalani tanpa apa-apa persiapan—malah, saguhati untuk anak-anak buah pun tidak dibungkus dengan sampul. Pagi Eid saya mulakan dengan mencangkul, dan merawat beberapa pokok kesayangan saya. Lalu, setelah itu baru bersalaman dan berjamaah solat sunat Eid ul Fithri di surau terdekat.

Saya pulang dan menjamah nasi dagang, dan kemudian terperap menghabiskan masa dengan membaca buku The Heart of Islam nukilan Seyyed Hossein Nasr—yang telah lama dibeli tapi terperam di Terengganu sekian lama.

Saya mencari balek buku ini kerana rasa terkesan dari pesanan seorang anak murid Seyyed Hossein Nasr yang saya temui semasa temuduga Asian Public Intellectuals (API) baru-baru ini. Caranya yang mengungkapkan rasa istimewa buku ini memang ‘mengeramkan’ saya.

The Heart of Islam, pada saya adalah buku yang hadhir untuk menangani Islamophobia. Lebih bertuah, buku inilah yang merangsang sejumlah pertanyaan saya pada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS semasa menyelesaikan wawancara Ummahonline.com pada hari raya ketiga.

Saya kira, wawancara ini mengubat sedikit rasa kebosanan pada Eid kali ini. Sekurang-kurangnya saya mudik lebaran dengan satu wawancara yang memaparkan pertalian pemikiran antara Presiden PAS ini dengan pemikiran Ibn Taimiyyah. Saya memang sukakan wawancara ganjil, iaitu menembus persoalan-persoalan yang “tidak-biasa” pada sisi media arus perdana.

Apapun, bagi saya, Eid sebenarnya membosankan jika kita hanya menyalin sejarah sahaja. Walaupun menghias diri dengan segala kebaharuan, tetapi fikiran maseh sarat dengan dengan stuktur-struktur lama yang meresahkan… maka, itu bukannya makna hakiki Eid. Eid yang cemerlang ialah Eid yang kreatif, sesuai dengan kata Budd itu.

Lantaran itu, Eid harus dimaknai semula. Atau diluruskan balek pengertiannya.

Eid, pada saya, harus juga membebaskan diri dari segala ketundukan—termasuk atas nama kekuasaan primordial yang kadang-kadang jelas tidak rasionalnya. Tapi… sebentar, mari kita berfikir, apakah memang ada hubungan tidak seimbang antara Eid dengan kekuasaan primordial yang tidak rasional?

Ada Apa Dengan 16 September?
Oleh: Adihamka Hidayat

Berani aku katakan bahawa tanggal 16 September sebelum ini bukanlah tarikh yang istimewa bagi mana-mana manusia yang bergelar rakyat Malaysia. Ia sekadar tarikh biasa, tidak keramat dan tiada Feng Shui di sebalik angka 169 atau 916. Cuma emas 916 saja yang ‘mahal’, tapi 16 September itu biasa-biasa saja.

Tapi tahun 2008, keadaan berubah (hakikatnya memang banyak benda yang berubah!haha!). 16 September menjadi satu polemik yang agak besar. Semuanya bermula apabila Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim melontar cadangan untuk menjadikan 16 September sebagai satu hari kelepasan am sempena penubuhan Malaysia 45 tahun yang lalu. “Perisytiharan” ini dibuat selepas beliau sahih menjadi YB Permatang Pauh dan mengorak langkah ke arah menubuh kerajaan baru.

Ketepikan soal Anwar, soal kerajaan baru dan seangkatan dengannya.

Ada apa dengan 16 September

Cadangan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik, memandangkan di Sabah dan Sarawak sememangnya 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum sempena Hari Malaysia. Malah menjadi satu amalan di kedua buah negeri Malaysia Timur ini sambutan Hari Malaysia diadakan, sama seperti sambutan Hari Kebangsaan di Semenanjung menjelang 31 Ogos saban tahun. Bezanya di semenanjung, cadangan itu sekarang ibarat mengusik kerajaan Barisan Nasional berkaitan peralihan kerajaan (buat kali pertama dalam sejarah Malaysia!).

Paling kelakar ialah apabila ada kalangan masyarakat, tidak terkecuali pimpinan politik yang memberi alasan bahawa Malaysia sudah terlalu banyak cuti umum. “Produktiviti negara boleh merudum kalau cadangan ini dilaksanakan.” Hakikatnya Brunei cuti sepanjang Ramadhan, ekonomi mereka masih dua langkah di depan kita.

Isunya Bukan Cuti Umum

Isunya bukanlah cuti umum semata-mata. Ia lebih penting daripada itu. Tanpa perlu cuti umum 16 September pun, masih banyak masa yang terbuang dek tabiat pegawai kerajaan yang ponteng kerja ataupun turun ngeteh* tanpa mengira pagi dan petang!

Jika disemak dalam buku-buku sejarah, 16 September dicatatkan sebagai hari penubuhan Malaysia, melalui penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (diisytihar keluar daripada Malaysia pada 1965). Asalnya pembentukan Malaysia dicadang pada tanggal 31 Ogos 1963, pun begitu disebabkan beberapa bantahan yang dibuat oleh negara serantau seperti Filipina dan Indonesia, maka ia dilambatkan kepada 16 September.

Justeru, 16 September ‘bukan cinta biasa’. Ini perlu diletakkan tinggi dalam takwim tahunan negara sebagai bukti kecintaan rakyat kepada tanah air, selepas 31 Ogos yakni tarikh kita menjajat kemerdekaan Tanah Melayu.

16 September tidak boleh dilihat sebagai kelepasan umum semata-mata. Ia perlu dilihat sebagai satu unsur penyatuan budaya dan sejarah, di antara Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah-Sarawak. Biarpun terpisah dari aspek geografi, tetapi dari aspek roh kenegaraan ia telah tersemai sekian lama.

Ini meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dan sebenar-benar truly Asia, tatkala kita mempunyai dua hari kebangsaan untuk diraikan – Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan (atau bahasa inggerisnya Independence Day dan National Day). Dan ini pastinya keunikan yang perlu dirai. Justeru, 16 September perlulah diletakkan sebagai hari terpenting dalam kalendar Malaysia, sewajarnya. Entah kenapa, tahun 2008 baru ramai sedar dan ‘ambil pot’ tentang hal ini (terima kasih untuk YB Dato’ Seri Anwar untuk ini).

Meminggirkan 16 September hanya lebih menampakkan betapa wujud sentimen untuk meletakkan garis pemisah antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Jelas disebut oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tatkala memasyhurkan Pemasyhuran Kemerdekaan 51 tahun dulu bahawa Malaysia…

“…akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.”

Justeru, adalah zalim jika ada usaha meminggirkan 16 September. Pastinya kita tidak harus tergolong dalam golongan itu.

Kumpul
Oleh: Amin Ahmad

Pulang beraya dari Ibu Kota ada keunikannya tersendiri. Kata orang “tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain”.

Masa dan Manusia

Peralihan masa selalunya mengubah watak manusia. Tidak banyak sedikit. Lama sedikit, sebahagian dari kita mungkin telah berkahwin dan mempunyai zuriat. Perubahan diri dan kehidupan masing-masing ini tidaklah menghalang dari ingatan kepada masa lampau. Ya, mungkin ada sebahagian dari kita yang mahu membuang masa lampau atau tidak benar-benar menghargainya. Namun, hakikat bahawa masa lampau itu wujud dan menjadi sebahagian realiti yang membentuk kita tidak boleh dinafikan.

Kumpul

Raya kali ini kawan-kawan telah menyusun apa yang dipanggil reunion atau gathering untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Derma (SMKD, tapi lebih gemar menyebut Derma) ambilan 1995 hingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1999. Sebahagian dari kami hanya sempat setahun, dua tahun, 3 tahun, 4 tahun atau menduduki penuh pengajian di sekolah ini.

Derma mungkin sebuah sekolah elit di Perlis, dan pernah menjadi antara sekolah harian terbaik di Malaysia. Ketika dikenali sebagai Derma English School, ianya terkenal sebagai sekolah yang melahirkan tokoh setempat dan negara.

Hakikat bahawa Derma merupakan sekolah pertama menerima anugerah ISO sebelum ini cukup untuk menunjukkan bagaimana sekolah ini berusaha keras menempatkan diri sebagai institusi penting pemberdayaan masyarakat. Kini Derma terpilih sebagai sebuah sekolah cluster di Malaysia.

Kami sebagai alumni yang terakhir abad ke-20 tentulah bangga dengan pencapaian baik kami sepanjang berada di Derma. Apatah lagi sebagai budak sukan, terlalu banyak kenangan pahit manis yang boleh boleh aku ingat sepanjang bersekolah – tidak terhad kepada sukan sahaja. Dua orang pelajar yang bersama kami mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) – dan lulus dengan cemerlang – adalah antara mereka yang mendapat 10A dalam SPM 1999 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Taiping. Sejumlah dari kami bertebaran serata Malaysia, menghuni asrama penuh sebelum sebahagian bertebaran serata dunia menyambung pengajian. Sejumlah besar kami menyambung pengajian dalam negara dan berkerjaya.

26 Tahun

Kami belum terlalu tua. Usia 26 tahun hanya tambahan setahun kepada usia suku abad. Tapi kami sedar bahawa hidup juga tidak terlalu lama. Jika tidak separuh, sekurang-kurangnya satu pertiga kehidupan ini telah dilalui. Perlahan-lahan kami kian mengerti persoalan hidup bila kami bergelut dengannya.

Dari mana bermula dan bagaimana kami melaluinya kini bukan soal utama bagi kami. Apa yang penting cuba digambarkan dalam reunion kali ini ialah bagaimana kami berakhir. Dan kami sedar dalam proses ini – kami harus bersama.

Perkumpulan kali ini bukanlah yang pertama dan diharapkan bukan yang terakhir. Harapnya di hujung jalan, kita sempat melihat semula seluruh proses yang membawa kita kepada apa yang ada saat ini.

Zaman muda sentiasa menyeronokkan dan penuh cabaran – dan kita dewasa kerananya.

Balik Kampung Beraya
Oleh: Amin Ahmad

Tahun ini tahun ke sembilan aku balik beraya di kampung dari Ibu Kota. Dulu waktu belajar di peringkat Diploma dan Ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM), aku pulang naik bas. Pernah sekali aku hanya dapat ambil bas pada malam raya. Sampai Perlis jam 5 pagi hari raya. Mujur! Sejak 4 tahun lepas, aku memandu sendiri. Sudah 3 kali ‘Aidilfitri adik aku pulang bersama, sejak dia belajar di Lim Kok Wing. Hanya sekali dia berpeluang memandu. Belum cekap.

Setiap kali Ramadhan, aku akan segera berhubung dengan kawan-kawan lama semasa bersekolah dan bekerja di sekitar Lembah Klang. Selain bertanya khabar, aku tawarkan kerusi kosong untuk pulang raya bersama. Ikut nasiblah. Orang bekerja cutinya tak sama dengan orang belajar.

Sebelum Balik

Usai kerja yang perlu dibuat (tak boleh dibuat di kampung), aku berkemas dan sedia untuk pulang beraya. Ada kira-kira 6 hari lagi nak beraya. Sempatlah balik tolong apa yang patut. Selepas mematikan semua suis elektirik, memastikan gas dimatikan dan mengunci semua pintu rumah, kami bertolak ke Bangsar mengambil kawan. Untuk mereka yang biasa pulang beraya, biasanya jiran-jiran juga dimaklumkan. Sekarang polis juga menawarkan khidmat rondaan. Kita hanya perlu maklumkan kepada mereka.

Biasanya jarak perjalanan dalam ukuran masa ialah sekitar 6 hingga 8 jam dengan mengambil kira rehat dan juga kelajuan memandu. Tahun ini kami hanya pulang bertiga. Dengan harga minyak yang meningkat, jumlah duit yang dikongsi juga meningkat. Tapi seperti biasa aku akan keluar lebih. Maklumlah kereta sendiri. Jika tawaran aku tinggi, lebih baik orang naik bas! Kereta diselenggara lebih awal. Tukar minyak hitam, minyak gear, minyak power stereng, periksa lampu, tayar, air dan engin untuk memastikan semua selamat digunakan.

Keluar dari Ibu Kota

Kami keluar sekitar jam 2 pagi dari Damansara Damai (rumah kawan aku). Sebelum ini berbelah bagi untuk pulang awal, mana tahu berlaku pertukaran kerajaan (haha). Akhirnya kami nekad, jika berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, kami boleh menjadi duta berita kepada orang kampung (haha)!

Sekitar jam 4 pagi, kami singgah bersahur di Sungai Perak. Hentian rehat ini telah berubah wajah dan menjadi antara yang terbaik untuk disinggah. Kadangkala kami rehat di Gunung Semanggol, hentian rehat yang lebih kecil tetapi selalunya menurut kawan aku ramai awek-awek yang singgah dan ia tepat bila kami pulang mengundi sebelum ini (haha). Aku tak tahu pula kerana aku selesa menaiki Transnasional jika pulang dengan bas. Nampaknya dulu aku silap (haha)! Hentian Sungai Perak masih lengang, mungkin kerana kami pulang awal. Tahun-tahun sebelum ini sesak hingga kami tak berpeluang bersahur. Sepatutnya kawan-kawan dari bangsa lain, khususnya masyarakat Cina harus bersikap inklusif untuk memberi peluang kepada umat Islam yang berpuasa dapat bersahur terlebih dulu.

Sepanjang perjalanan, aku mendengar ratusan lagu raya yang dimuat turun dari internet. Teknologi ternyata memudahkan. Aku tak tahu sama ada bisnes lagu-lagu raya melalui kaset dan CD telah ‘bungkus’ kerana perkembangan ini.

Selepas mengisi minyak dan menjamah sahur, kami bergegas semula. Kata orang, minyak elok diisi pada waktu malam kerana cuaca panas waktu siang banyak menukar minyak menjadi gas, lalu merugikan kuantiti minyak yang diisi. Selain itu, muatan juga hendaklah dipastikan tidak terlalu berat. Faktor angin tayar juga boleh mempengaruhi kadar minyak yang digunakan.

Sampai di Perlis

Kami sampai di Perlis sekitar jam 8 pagi. Memandu pada kadar 100 hingga 130 kilometer sejam terasa sangat cepat. Sebenarnya ia berpunca dari Lebuh Raya yang lengang. Jarang sekali dapat memandu laju begitu dengan rasa selamat. Kebiasaannya aku memandu antara 100 hingga 110 kilometer sejam. Memandu pada kadar rata juga dapat membantu penjimatan minyak. Selain itu, tayar kereta tidak terlalu mengembang kerana faktor cuaca yang lebih sejuk. Pernah juga hujan, dan ia ternyata sulit bila kereta hanya dapat dipandu sekitar 40 kilometer sejam. Jarak Kuala Lumpur ke Perlis sekitar 600 kilometer boleh membuatkan kita bosan dan sakit badan.

Pasar Ramadhan di Perlis nyata mengalami kesan inflasi selepas kenaikan harga minyak. Ia mungkin tidak seburuk di sekitar Kuala Lumpur. Tahun ini tak banyak jenis makanan yang dapat aku nikmati. Sebanyak manakah untung peniaga kali ini?

Berbuka puasa di rumah ternyata tidak boleh dibanding berada di tempat lain. Peluang berbuka bersama keluarga biasanya diselang seli dengan sembang keluarga dan isu semasa. Isu semasa yang hangat sudah tentu soal Anwar Ibrahim. Aku tidak mahu memanjangkan perbualan tentang subjek ini dan hanya berkata “Sabar saja, jika berlaku, maka berlaku. Jika tidak, Anwar sendiri menanggung akibat”.

Tahun ini hanya ada emak, ayah dan adik di rumah. Adik aku tidak ke mana-mana kerana sakit (baca:Orang Kurang Upaya). Selain mereka, yang lain sedang menyambung pengajian dan bekerja. Satu-satunya adik perempuan aku belajar di Kedah dan Abang pula di Singapura – berkahwin dan bekerja di sana. Tahun ini abang tidak balik. Maka tinggal kami saja akan mengulang rutin yang sama – ziarah keluarga dan sahabat handai, membersih rumah dan kubur – tok, nenek, moyang, kakak dan saudara mara – serta menjamu selera. Musim raya kebelakangan ini kurang kunjungan kanak-kanak yang biasanya mencari duit raya.

Malam tujuh likur perlahan beransur, tanda Ramadhan di penghujung. Khabarnya para sahabat Rasulullah s.a.w. menangis saat pemergiannya. Maklumlah, bulan ini ternyata punya berkatnya tersendiri. Ramadhan bulan turunnya Al-Quran, kewajipan berpuasa dan zakat, sebahagian kita menunaikan umrah pada bulan ini, membanyakkan sedekah, bertarawikh dan bangun malam, meraikan anak yatim, khatam Al-Quran, menghayati Badar dan sebagainya. Syawal juga tidak kurang penting dengan ganjaran puasa 6 hari, peluang merapatkan silaturrahim dan meraikan khazanah budaya. Ada juga yang berkahwin sempena raya ini. Indahnya kehidupan jika kita menghargai.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin!